Persoalan undang-undang mengenai tingkah laku seks Kegiatan_seks_manusia

Rencana utama: Parafila: Pandangan undang-undang serta Seks dan Undang-undang

Undang-undang liwat dan sama jantina

Berbagai-bagai bentuk kegiatan seks sama jantina telah diharamkan di sisi undang-undang di banyak kawasan pada berbagai-bagai zaman dalam sejarah. Dalam kes Lawrence lwn Texas pada tahun 2003, sebuah keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat mengubah kesemua undang-undang itu di Amerika Syarikat.

Biasanya, tetapi tidak selalu, undang-undang tersebut diistilahkan sebagai undang-undang liwat, tetapi merangkumi juga persoalan-persoalan seperti undang-undang cukup umur, undang-undang "kesopanan", dan sebagainya. Undang-undang yang mengharamkan keseksualan sama jantina telah banyak berubah pada sepanjang sejarah, berdasarkan kebudayaan, agama, adat dan larang pantang sosial, dan sebagainya. Umpamanya, undang-undang yang melarang tingah laku seks sama jantina di England semasa pemerintahan Ratu Victoria, ditujukan khusus kepada kegiatan seks sama jantina lelaki tetapi tidak ditujukan kepada kegiatan seks sama jantina perempuan, malah langsung tidak dinyatakan sama sekali. Salah satu contoh yang terkenal mengenai undang-undang liwat pada zaman moden boleh didapati dalam rencana Alan Turing.